Bapa Zur Eda meninggal dunia
BAPA kepada penyanyi Zur Eda, Mokhtar Mohd Noh, 78, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 6.30 pagi hari ini.
Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh penyanyi berusia 55 tahun itu menerusi Instagram dan turut mendoakan supaya Allahyarham bapanya tenang serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Al-Fatihah buat abah. Ya ALLAH, Kau ampunkan lah segala dosa-dosa abah, Kau tempatkannya dia dalam kalangan ahli syurga. Kau angkatlah rohnya ke syurga Mu tanpa hisap.
"Moga abah tenang di sana. Abah dah tak sakit lagi," luah penyanyi yang terkenal dengan lagu Kelmarin.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda kira-kira jam 12 tengah hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmDoktor keluar minum tinggalkan pesakit, pusat bersalin diperintah bayar RM6 juta
09 Januari 2025 06:20pmKertas siasatan kes ugutan jenayah babit anak menteri telah dilengkapkan - KPN
09 Januari 2025 03:24pmDatuk Vida terkejut lihat pereka fesyen dipukul jurugambar depan mata
09 Januari 2025 03:37pmAnwar enggan layan desakan letak jawatan
09 Januari 2025 03:31pm1MDB: Surat derma Arab Saudi tidak sebut nama Raja Abdullah
09 Januari 2025 08:34pm