'Biarlah aku mati dalam Umno'

Megat Zulkarnain pada Majlis Penerangan dan Dialog Umno Dun Gombak Setia, semalam.
Megat Zulkarnain pada Majlis Penerangan dan Dialog Umno Dun Gombak Setia, semalam.
A
A
A

GOMBAK - Ketua Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mendedahkan pernah ditawarkan amaun yang besar untuk lompat parti.

Hal itu didedahkan beliau pada Majlis Penerangan dan Dialog Umno Dun Gombak Setia, semalam.

Megat Zulkarnain berkata, pihaknya didatangi persoalan status keahlian dalam Umno susulan tindakan ramai Ahli Parlimen itu lompat parti.

“Memang ada tawaran dibuat, dilakukan oleh orang luar parti tapi saya tegaskan sebagai anak Melayu yang berjiwa kental biarlah aku mati dalam Umno.

“Saya bangga kerana tiada ahli Umno Gombak yang lompat parti biarpun ada Ahli Parlimen yang bertindak demikian,” katanya di hadapan 250 ahli Umno Gombak yang hadir pada majlis yang turut dihadiri Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam.

Menurutnya, Umno punyai kekuatan walaupun berdepan sejarah hitam ‘PRU14’ yang mahu dilupakan.

“Sejarah hanya tinggal sejarah namun yang penting sekarang langkah Umno untuk bangkit mencipta sejarah.

“Kenapa Umno kuat? Kerana ahli Umno yang tak lari dari perjuangan tak mungkin Umno akan terkubur,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!