Kantoi bawa 50kg daun ketum
HULU SELANGOR - Cubaan dua lelaki membawa 50 kilogram (kg) daun ketum gagal apabila dia berjaya ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Ops Covid-19 di Jalan Sungai Tua-Hulu Yam Bharu, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarrudin berkata, dua lelaki berusia 26 dan 46 tahun itu ditahan dalam operasi terbabit kira-kira jam 1.40 pagi.
"Suspek ditahan ketika menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubisbi Triton dalam keadaan mencurigakan.
"Pemeriksaan menjumpai 10 beg plastik berisi daun ketum dianggar seberat 50kg," katanya.
Beliau berkata, kedua-duanya ditahan reman satu hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!