Netizen 'lelong' Gardenia RM699?
AYER KEROH - Susulan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan tidak dapat meningkatkan bekalan produknya dalam pasaran kerana kilangnya sudah mencapai tahap maksimum, ia mendapat perhatian warganet dalam Twitter.
Ekoran pengumuman itu, penggemar roti itu sedikit kecewa kerana sukar mendapatkan bekalan roti tersebut di pasar raya dan kedai runcit sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, masalah kekurangan bekalan roti yang sinonim dengan rakyat malaysia, beberapa warganet membuat ciapan yang menghiburkan hati.
Di laman sosial, pelayar Twitter @rizarul memuat naik ciapan membuat 'lelongan' sebuku roti Gardenia dengan harga RM699.
Dia menjelaskan roti itu masuk ada 'bau kedai' dan tarikh luput pada 27 Mac serta sesiapa berminat boleh COD (Cash On Delivery) di bandar Melaka.
Memahami ia hanyalah sekadar gurauan, netizen turut 'menjual' roti Gardenia mereka kepada @rizarul dan netizen yang lain.
Ada juga netizen tawar-menawar harga bagi merancakkan perbualan.
"RM599 boleh tak, dah miskin sejak digugurkan dari bantuan sara hidup," gurau @Sara dan dibalas @rizarul dengan meletakkan harga mati RM600 serta boleh ambil roti tersebut.
Kata @eiffkamal pula, "Baru orang Semenanjung tahukan bila Gardenia dah rare." manakala ujar @najwanoor memberitahu, "Sebelum ni gelakkan orang Borneo kan sebab tidak dapat makan Gardenia, sekarang rasakan kifarahnya... hahaa,".
ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan roti Gardenia seperti biasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!