Ahmad Zahid ucap takziah petugas Op Covid-19 meninggal dunia

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang meninggal dunia pagi tadi.

"Salam takziah kepada anggota keluarga Koperal Mohd Masri Maguni yang telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas dalam operasi (koronavirus) Covid-19.

"Beliau meninggal dunia setelah pitam akibat darah tinggi ketika bertugas.

"Sesungguhnya pengorbanan tinggi daripada arwah Koperal Mohd Masri dan rakan sejawatannya di Balai Polis Kepala Batas, Alor Setar dan semua anggota polis di seluruh negara amatlah saya hargai," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Terdahulu, seorang anggota polis pitam ketika melakukan penugasan operasi Covid-19 di Kepala Batas, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, Mohd Masri yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas meninggal dunia pada jam 5.20 pagi tadi selepas tiga hari menerima rawatan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mengajak seluruh rakyat Malaysia menghargai pengorbanan tinggi mereka yang berada di barisan hadapan dalam mendepani Covid-19 ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!