Visa jemaah tamat tempoh boleh mohon pengecualian
RIYADH - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan jemaah yang visanya tamat tempoh dan mereka yang lewat meninggalkan negara itu semasa tempoh musim umrah biasa, perlu memohon pengecualian implikasi tindakan undang-undang dan kewangan.
Agensi berita Arab Saudi (SPA) memetik kementerian, perkara itu perlu dilakukan sebelum Sabtu, 28 Mac, melalui laman web kementerian eservices.haj.gov.sa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!