PKP kukuhkan hubungan keluarga

Mohd Farid bersama anak-anaknya memilih aktiviti pertukangan untuk dilakukan sepanjang PKP dikuatkuasakan.
Mohd Farid bersama anak-anaknya memilih aktiviti pertukangan untuk dilakukan sepanjang PKP dikuatkuasakan.
A
A
A

PASIR MAS - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang ramai dengan melakukan aktiviti bersama keluarga.

Seorang bapa, Mohd Farid Ngah Nasir, 36, memilih aktiviti pertukangan untuk dilakukan bersama anak-anaknya.

"Sebelum ini saya tidak berkesempatan untuk berbuat demikian kerana kekangan kerja sebagai seorang jurutera.

"Alhamdulillah masa terluang yang ada ini saya gunakan sebaik mungkin untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat di samping meluangkan masa dengan anak-anak," katanya.

Menurutnya, aktiviti pertukangan itu secara tidak langsung mampu menjadikan anak-anaknya lebih kreatif, fokus dan tidak membosankan.

Katanya, kerja-kerja pertukangan ini memerlukan daya tumpuan yang tinggi dan kreatif barulah hasilnya berkualiti tinggi.

Kamaruzaman tidak terbeban dengan perlaksanaan PKP di mana ia dimanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti bersama anak-anaknya yang berusia antara 14 hingga empat tahun.
Kamaruzaman tidak terbeban dengan perlaksanaan PKP di mana ia dimanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti bersama anak-anaknya yang berusia antara 14 hingga empat tahun.

Mohd Farid berkata, melalui cara tersebut dia mengajak anak-anak untuk memberi idea dan kemudian melakukannya secara kerjasama.

Artikel Berkaitan:

"Secara tidak langsung ia dapat menghilangkan rasa bosan sepanjang perlaksanaan PKP.

"Walaupun usia anak-anak masih kecil iaitu lapan dan empat tahun namun saya tetap menitik beratkan soal keselamatan.

"Saya berpandangan pendedahan awal ini amat penting supaya mereka sentiasa peka dengan aspek keselamatan sekaligus tidak kekok untuk mengaplikasikannya ketika dewasa nanti," katanya.

Bagi seorang peniaga, Kamaruzaman Hussin, 39, berkata, dia tidak terbeban dengan perlaksanaan PKP.

Katanya, tempoh dua minggu perlaksanaan PKP ini dimanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti bersama anak-anaknya yang berusia antara 14 hingga empat tahun.

"Kami bermain karom bersama, memasak dan mengemas rumah. Semua ini merupakan sebahagian proses pembelajaran dan pengajaran di luar waktu sekolah.

"Sekaligus menjadikan hubungan antara anak dan ibu bapa menjadi lebih rapat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!