'Jika sebelum ini kita terlampau sibuk, inilah masanya...'

Zulkifli turun padang untuk mengagihkan barangan keperluan kepada mereka yang terjejas dengan Covid-19.
Zulkifli turun padang untuk mengagihkan barangan keperluan kepada mereka yang terjejas dengan Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan seorang yang sangat mencintai amalan membaca.

Justeru, beliau menyarankan kepada orang ramai supaya memperuntukkan masa untuk menambah ilmu pengetahuan dengan membaca sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang bermula sejak 18 Mac lalu.

“Manfaatkan tempoh kuarantin ini dengan menambah ilmu dan membaca bahan-bahan ilmiah bersama keluarga.

“Jika sebelum ini kita terlampau sibuk dengan aktiviti harian untuk meneruskan kelangsungan hidup, apa kata apabila diberikan ruang ini (Perintah Kawalan Pergerakan) kita manfaatkan ia secara berhemah,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Berkongsi rutin hariannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan, beliau berkata, aktivitinya sama seperti sebelum ini cuma tidak terlalu terikat.

“Saya akan bangun seawal jam 4.30 pagi dan pastikan solat Subuh berjemaah bersama keluarga. Tepat jam 7.30 pagi, saya akan bertolak ke pejabat

“Jam 8 pagi saya akan turun padang untuk mengagihkan bantuan ke kawasan yang terjejas dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19) sama ada di Wilayah Persekutuan atau di luar kawasan,” katanya.

Menurutnya, menjelang tengah hari beliau akan kembali ke pejabat untuk mesyuarat bersama pegawai dan kakitangan yang bertugas.

Artikel Berkaitan:

"Tepat jam 5 petang, saya akan pulang ke rumah untuk menikmati waktu rehat bersama keluarga.

“Saya akan cuba untuk meluangkan masa bersama mereka walaupun sebentar. Dalam tempoh yang sesingkat sebelum menanti masuknya solat Maghrib, banyak yang kami sekeluarga kongsikan.

“Selepas solat Maghrib, kami akan meneruskan aktiviti seperti menonton televisyen bersama,” kata beliau.

Menurutnya, selepas waktu Isyak, aktiviti kuliah dalam taliannya akan bermula pada jam 8.45 sehingga jam 9.15 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!