Pengawal trafik udara Kanada hantar piza kepada pekerja AS

piza
piza
A
A
A

ALASKA - AMERIKA SYARIKAT.Pengawal trafik udara di Kanada mengirimkan ratusan kotak piza kepada rakan sekerja di Amerika Syarikat (AS) yang bekerja di ketika penutupan separa kerajaan masih belum berakhir.

Inisiatif yang pada awalnya dimulakan beberapa pengawal trafik udara Kanada yang mahu menunjukkan tanda ingatan buat sahabat mereka yang bertugas di Anchorage, Alaska akhirnya bertukar menjadi gerakan besar tanda solidariti buat pekerja di AS yang terkesan akibat penutupan separa kerajaan yang memasuki hari ke-24.

Menurut Presiden Kawalan Trafik Udara Kanada, Peter Duffy, menjelang petang semalam,lebih 300 piza telah dihantar ke 49 pusat kawalan seluruh AS.

"Ia merupakan gerakan akar umbi," kata Duffy sambil menambah rakyat Kanada akan terus memberi sokongan kepada rakan-rakan di AS dan bersama-sama mereka dalam menggesa agar penutupan kerajaan ditamatkan segera.

Kemelut penutupan separa kerajaan AS itu mengakibatkan 800,000 pekerja awam tidak dibayar gaji pertama mereka tahun ini.

Pengawal trafik udara termasuk dalam kalangan 450,000 pekerja yang tidak mampu berhenti kerja atau mencari pekerjaan lain, dan terpaksa terus bekerja tanpa gaji. - BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!