Lelaki di China meninggal dunia kerana jangkitan hantavirus

Hantavirus didakwa disebarkan oleh tikus kepada manusia. - Foto Agensi
Hantavirus didakwa disebarkan oleh tikus kepada manusia. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang penduduk di China dilaporkan meninggal dunia akibat hantavirus ketika pandemik koronavirus (Covid-19) menunjukkan penurunan di negara itu.

Akhbar The Global Times melaporkan individu dari wilayah Yunnan tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki bas yang disewa ke Shandong kelmarin.

"Kira-kira 32 penumpang lain turut menjalani ujian, namun keputusannya tidak didedahkan," lapor akhbar itu lagi.

Virus itu pertama kali direkodkan di Amerika Syarikat pada 1993 dan ia disebarkan kepada manusia melalui tikus.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, tiada kes melibatkan penyebaran antara manusia, namun situasi tersebut pernah dilaporkan di Argentina pada 1996.

Difahamkan, simptom penyakit berjangkit, hantavirus itu berbeza dengan koronavirus kerana ia menyebabkan keletihan, kesakitan pada otot dan sakit kepala. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!