Bahrain negara pertama guna hydroxychloroquine rawat pesakit Covid-19
MANAMA- Kerajaan Bahrain antara negara pertama di dunia akan menggunakan ubat hydroxychloroquine untuk merawat pesakit koronavirus (Covid-19), kata Pengerusi Majlis Tertinggi Kesihatan, Leftenan Jeneral Dr Shaikh Mohamed bin Abdullah Al Khalifa.
Dr Shaikh Mohamed merangkap Ketua Pasukan Petugas Kebangsaan untuk membanteras Covid-19 mendedahkan perkara itu pada Selasa, lapor agensi Berita Bahrain (BNA).
Ubat itu dilaporkan berpotensi untuk merawat gejala disebabkan virus Covid-19.
Bahrain telah menggunakan ubat itu pada 26 Februari, selepas kes pertama Covid-19 dilaporkan pada 24 Februari.
Hydroxychloroquine digunakan sebagai ubat mencegah dan merawat penyakit malaria, diskoid dan artritis reumatoid.-Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!