Penduduk Melaka mula patuh arahan PKP

Orang ramai beratur mengikut garisan jarak sosial yang ditetapkan oleh pihak bank di Cheng di sini hari ini.
Orang ramai beratur mengikut garisan jarak sosial yang ditetapkan oleh pihak bank di Cheng di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Orang ramai di negeri ini dilihat semakin berdisiplin dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah masuk hari kelapan.

Tinjauan Sinar Harian di Cheng menyaksikan orang ramai mematuhi jarak sosial ketika berurusan di beberapa mesin pengeluaran wang (ATM) selain dibantu oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Malah ada di antara pihak bank mengambil inisiatif meletakkan garisan jarak antara pelanggan kira-kira satu meter.

Sementara itu, di pasar raya juga mendapati tidak ramai yang keluar membeli barang meskipun hari ini adalah hari pertama gaji sekali gus menunjukkan tidak berlaku pembelian panik.

Notis arahan yang ditampal di pintu masuk sebuah pasar raya di Bandar Melaka.
Notis arahan yang ditampal di pintu masuk sebuah pasar raya di Bandar Melaka.

Ada juga pasar raya yang menggunakan sistem giliran bagi menghadkan kemasukan pelanggan dalam satu masa sebagai langkah mengekang penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Seorang pengunjung pasar raya, Sahir Tapa, 35, berkata, apa yang dilakukan pihak pasar raya itu bagi mengelak orang ramai bersesak ketika membeli barang keperluan.

"Walaupun saya perlu beratur dan menunggu giliran untuk masuk ke dalam pasar raya tapi saya rasa langkah ini bagus untuk mengekang penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Paling penting kita ada kesedaran sendiri, beli apa yang perlu dan terus pulang ke rumah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!