MPKK agih ayam kepada 100 keluarga memerlukan

Sebuah keluarga diberi dua ekor ayam hidup. - Foto Ihsan MPKK
Sebuah keluarga diberi dua ekor ayam hidup. - Foto Ihsan MPKK
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 200 ekor ayam hidup kepada 100 buah keluarga memerlukan di kampung Siliau, Rantau, di sini, dalam usaha meringankan beban susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Majlis Pengerusi Keselamatan Kampung (MPKK) Siliau, Rantau, Mohd Liza Azmie Md Darus berkata, dua ekor ayam itu diberi hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada seorang pengusaha ayam.

"Kita tahu ramai yang terkesan sepanjang tempoh PKP dan ada yang hilang sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja.

"Jadi kami ambil inisiatif sendiri cari bantuan daripada pihak prihatin dan kami bersyukur apabila ada pengusaha ayam bermurah hati sumbangkan 200 ekor ayam hidup untuk diagihkan kepada penduduk memerlukan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sebuah keluarga diberi dua ekor ayam hidup. - Foto Ihsan MPKK
Sebuah keluarga diberi dua ekor ayam hidup. - Foto Ihsan MPKK

Mohd Liza Azmie berkata, pihaknya terpaksa terus membuat pengagihan kepada penduduk kampung tanpa memproses ayam itu terlebih dahulu kerana pihak pengusaha telah pun memberi sumbangan.

Beliau berharap pemberian ayam berkenaan dapat meringankan beban keluarga memerlukan terutama ibu tunggal dan fakir miskin.

"Kita bukannya nak menyusahkan penduduk bagi ayam hidup sebab nak kena sembelih tapi itu sumbangan yang kita dapat dulu, jadi kita bagilah.

Artikel Berkaitan:

"Selepas ini MPKK bersama jawatankuasa masjid akan bekerjasama untuk beri sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!