'Jangan nilai prestasi saya musim ini'

Hazard (tengah) mengharungi musim pertamanya di Real dengan prestasi kurang memuaskan.
Hazard (tengah) mengharungi musim pertamanya di Real dengan prestasi kurang memuaskan.
A
A
A

PEMAIN sayap Real Madrid, Eden Hazard mengakui bergelut untuk menampilkan persembahan terbaik dalam musim pertamanya di kelab itu.

Menurutnya, dia dalam proses menyesuaikan diri dengan kelab tersebut dan yakin mampu memberikan impak lebih besar musim depan.

"Musim pertama saya di Real memang teruk, tetapi tidak semuanya teruk.Ia adalah musim pertama saya di sini dan ia menjadi waktu untuk saya sesuaikan diri.

"Semua pihak perlu menilai saya pada musim kedua. Ia akan menjadi tahun terbaik buat saya.

"Pasukan ini sangat bagus dan saya kenal dengan beberapa pemain baharu. Bagi saya ia satu pengalaman yang bagus. Saya masih ada empat tahun kontrak dan ia waktu untuk membuktikan keupayaan," katanya.'

Pemain kelahiran Belgium itu berpindah dari Chelsea tahun lalu dengan nilai €100 juta (RM479 juta), namun gagal memberikan impak susulan beberapa masalah kecederaan yang dialaminya.

Dia hanya mampu menjaringkan satu gol dan lima bantuan gol dalam 15 penampilannya di semua kejohanan.

Dalam pada itu, dia turut melahirkan kerisauan berhubung pandemik koronavirus (Covid-19) yang menular dengan cepat di Sepanyol.

Artikel Berkaitan:

Hazard ketika ini menjalani tempoh pengasingan di rumah sama seperti rakyat Sepanyol yang lain sebagai cara mengelakkan penularan wabak Covid-19.

"Saya sedikit takut, sama seperti orang lain di dunia ini. Saya berhati-hati dan jika saya dijangkiti saya perlu pastikan orang lain tidak dijangkiti.

"Kita perlu menjaga diri kita sendiri. Saya ambil berat dengan orang lain yang mungkin lemah dan tidak mampu melawan jangkitan tersebut.

"Saya harap semua orang berada dalam keadaan sihat sehingga wabak ini berakhir," katanya.

Sepanyol ketika ini mencatatkan 3,647 kematian dan 50,000 kes positif wabak itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!