Gaji jemaah menteri, timbalan menteri dipotong dua bulan
PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri mengumumkan gaji jemaah menteri dipotong selama dua bulan dan disalurkan ke Tabung Covid-19.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, perkara itu telah diputuskan pada Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac lalu melibatkan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri.
"Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19," katanya di sini hari ini.
Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.
Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!