225 rakyat Malaysia dari Bangladesh selamat tiba hari ini
PUTRAJAYA - Seramai 225 rakyat Malaysia dari Bangladesh selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.46 pagi hari ini.
Pengerusi Pasukan Petugas Covid-19 Kementerian Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kesemua mereka dibawa pulang melalui penerbangan sewa khas Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) tajaan MIC.
"Mereka yang dibawa pulang terdiri daripada 130 pelajar, 55 pegawai dari Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, 35 orang ekspatriat dan lima orang tanggungan pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
"Kesemua mereka telah menjalani proses saringan kesihatan di KLIA dan perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!