Covid-19: Polis tutup enam 'laluan tikus' di Putrajaya

Antara sekatan jalan raya yang dilaksanakan di Putrajaya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara sekatan jalan raya yang dilaksanakan di Putrajaya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
A
A
A

PUTRAJAYA - Enam laluan tikus yang menghubungkan Putrajaya dengan kawasan bersempadanan ditutup sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengambil langkah kawalan tambahan bagi pelaksanaan PKP dengan menutup kesemua 'laluan tikus'.

Menurutnya, ia berikutan laluan terbabit yang menghubungkan Putrajaya dengan laluan ke Cyberjaya, Dengkil, Pinggiran Putra, Bangi dan Puchong.

"Sepanjang tempoh PKP ini, polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan tujuh sekatan jalan raya (SJR) di laluan masuk utama Putrajaya.

'Laluan tikus' yang menghubungkan Putrajaya ke kawasan lain yang telah ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
'Laluan tikus' yang menghubungkan Putrajaya ke kawasan lain yang telah ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Lokasi itu adalah Persiaran Utara hala keluar ke Puchong (Presint 9), Persiaran Persekutuan hala keluar Puchong (Presint 13), Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil (Presint 5), Lebuh Sentosa susur Persiaran Barat - hala keluar ke Cyberjaya (Presint 7).

"Manakala Jalan P14 (Persimpangan Sekolah Antarabangsa Arab) hala masuk ke Putrajaya (Presint 14), Jalan Resam hala masuk ke Puchong (Presint 11) dan Persiaran Utara hala keluar ke Hospital Serdang (Presint 12)," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh ini, keadaan adalah terkawal dan polis menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi PKP sebagai langkah bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!