Axiata umum dana RM150 juta bantu PKS Mikro

Program Bantuan Covid-19 Axiata disertakan sekali dengan perlindungan insurans mikro di bawah Aspirasi untuk melindungi pemilik dan peniaga.
Program Bantuan Covid-19 Axiata disertakan sekali dengan perlindungan insurans mikro di bawah Aspirasi untuk melindungi pemilik dan peniaga.
A
A
A

KUMPULAN Axiata mengumumkan dana tunai berjumlah RM150 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang terkesan akibat koronavirus (Covid-19).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, Program Bantuan Covid-19 Axiata itu meliputi sumbangan awal daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM20 juta.

“Program Bantuan Covid-19 ini adalah intervensi secara langsung dan segera oleh Axiata untuk memberi bantuan segera kepada PKS Mikro yang mengalami kesulitan kewangan akibat pandemik ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Axiata akan menawarkan pinjaman mikro patuh shariah melalui subsidiarinya, Axiata Digital dengan memacu platform digital Aspirasi oleh kumpulan tersebut dalam jumlah RM1,000 sehingga RM10,000 dan dengan syarat yang mudah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, bantuan itu dijangka memberi faedah kepada kira-kira 150,000 PKS Mikro yang berada dalam ekosistem Boost, Aspirasi, dan Celcom, serta ekosistem lain meliputi rakan e-dagang dan barangan pengguna bergerak cepat (FMCG) dan syarikat telekomunikasi serta e-dompet lain.

"Pembiayaan yang ditawarkan melalui program tersebut termasuk penangguhan pembayaran balik dalam kadar keuntungan yang lebih rendah.

Selain itu, katanya, Program Bantuan Covid-19 Axiata juga disertakan dengan perlindungan insurans mikro di bawah Aspirasi untuk melindungi pemilik dan peniaga dengan pendapatan kecemasan, kematian akibat kemalangan dan bantuan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!