Trump nafi bekerja untuk Rusia

Donald Trump bercakap kepada media di Rumah Putih, semalam.- Foto AP
Donald Trump bercakap kepada media di Rumah Putih, semalam.- Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menafikan dakwaan bahawa beliau adalah 'ejen' Rusia.

"Saya tidak pernah bekerja untuk Rusia,semuanya hanya satu penipuan besar!," tegas Trump kepada wartawan di Rumah Putih, semalam.

Penafian tersebut dibuat berikutan timbul dakwaan, pemimpin tertinggi AS itu mempunyai hubungan dengan Kremlin.

Terdahulu, New York Times melaporkan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) membuka siasatan sama ada Trump secara rahsia bekerja bagi pihak Rusia setelah dilantik menjadi presiden.

Sementara itu, The Washington Post pula menyebut secara terperinci apa yang disifatkan cubaan Trump menyembunyikan kandungan perbualannya bersama Presiden

Rusia, Vladimir Putin dalam pertemuan mereka sebelum ini.

Kempen diketuai Pendakwa Khas Robert Mueller turut menyiasat campur tangan Rusia dalam usaha mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden AS pada tahun 2016 yang menyaksikan Trump menewaskan pencabarnya, Hillary Clinton. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!