Covid-19: Presiden Pas hargai Jemaah Menteri potong gaji

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghargai langkah diambil Jemaah Menteri yang sanggup memotong gaji mereka bagi tempoh dua bulan untuk disumbangkan ke dalam Tabung Covid-19.

“Terima kasih atas pengorbanan seluruh Jemaah Menteri. Kepimpinan melalui teladan.

“Semoga ALLAH memberkati usaha ini, dan melindungi kita semua,” kata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menerusi Facebooknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji jemaah menteri, timbalan menteri dipotong dua bulan

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, langkah memotong gaji anggota Kabinet kerajaan sebagai menzahirkan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan itu, Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Kata kenyataan itu lagi, sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493, 103.48.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!