Tahun depan bonus penjawat awam ikut KPI
Beliau berkata penjawat awam yang akan menerima pemberian khas kewangan itu adalah bergantung kepada prestasi agensi dan individu itu sendiri.
"Pemberian bayaran khas kewangan ini tidak lagi dibuat secara menyeluruh tetapi berdasarkan prestasi agensi dan prestasi individu.
"Institut Pemberdayaan Pekerjaan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan membuat garis panduan dan menyelaraskannya sebelum pelaksanaannya," katanya dalam sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2019 berjumlah RM2.56 bilion pada persidangan Dun Selangor di sini hari ini.
Menurut Amirudin, tidak mustahil kerajaan negeri boleh menetapkan bayaran khas lebih daripada tiga bulan pada tahun depan tetapi bergantung kepada prestasi setiap jabatan dan hanya yang layak sahaja akan memperolehnya manakala yang tidak layak perlu berusaha lagi.- Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!