Misteri air terjun Belukar Bukit

Kejadian lemas pada 19 Disember 2015 meragut lima nyawa sekaligus.
Kejadian lemas pada 19 Disember 2015 meragut lima nyawa sekaligus.
A
A
A

BELUKAR BUKIT - Air Terjun Belukar Bukit yang terletak sekitar 20 kilometer daripada Bandar Kuala Berang merupakan salah satu destinasi perkelahan popular di daerah Hulu Terengganu.

Hamparan pasir memutih, air yang jernih dan kelihatan tenang di permukaan pastinya membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk mandi-manda, ditambah pula dengan keindahan alam semula jadi.

Namun, di sebalik itu Air Terjun Belukar Bukit ini bagaikan menyimpan misteri tersendiri dan turut digelar lubuk mati lemas atau ‘tempat makan orang’ kerana hampir setiap tahun pasti ada nyawa yang diragut.

Mangsa lemas di Air Terjun Belukar Bukit lazimnya melibatkan pengunjung luar.
Mangsa lemas di Air Terjun Belukar Bukit lazimnya melibatkan pengunjung luar.

Terbaru, dalam kejadian kira-kira 5.45 petang, Jumaat lalu melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun yang lemas ketika cuba menyelamatkan adik perempuannya berumur 21 tahun yang hampir lemas.

Dikenali sebagai air terjun tetapi asal-usul dinamakan begitu belum dapat disingkap kerana kawasan perkelahan itu dikatakan tidak punyai air terjun dan bagi penduduk setempat ia dipanggil sebagai Lubuk Gala.

Difahamkan, di kawasan air terjun itu adanya satu lubuk dinamakan ‘Lubuk Berhala’ yang dikatakan punyai kisah yang kononnya terdapat berhala berbentuk seekor kucing di dalam lubuk itu.

Pusaran air sebesar kawah

Artikel Berkaitan:

Biarpun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran kisah itu namun yang pasti, kedalaman air di kawasan itu dipercayai mencecah 10 meter selain di dasarnya berbentuk satu kawah besar serta pusaran air.

Seorang penduduk, Maharam Mat Zahari, 35, berkata, kes lemas di kawasan Air Terjun Belukar Bukit bukan kes luar biasa bagi komuniti setempat dan mangsa hanya libatkan pengunjung luar.

“Orang kampung memang tidak mandi di kawasan ini sebab tahu bahaya. Permukaan air nampak tenang tetapi di bahagian bawah ada pusaran serta arus kuat yang boleh memerangkap mangsa.

Zuraidi dan Maharam
Zuraidi dan Maharam

"Biasanya lokasi berlaku di tempat sama dan waktu kejadian tidak hanya pada musim tengkujuh tetapi juga luar waktu tersebut. Apabila ada kes, orang kampung juga akan sama-sama bantu pihak berkuasa.

“Kes paling menyayat hati melibatkan lima sekeluarga iaitu pasangan suami isteri dan tiga anak perempuan mereka, Disember 2015 lalu. Kali terakhir, Mei 2017 membabitkan seorang pelajar politeknik.

Penduduk kampung yang sering terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Air Terjun Belukar Bukit bersama pasukan keselamatan.
Penduduk kampung yang sering terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Air Terjun Belukar Bukit bersama pasukan keselamatan.

“Sejak itu, agak lama masyarakat tidak dikejutkan kejadian lemas sehingga kes terbaharu(Jumaat lalu) melibatkan seorang lelaki yang cuba selamatkan adik perempuannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Perbanyakkan papan tanda

Tambah Maharam, sebelum ini telah ada tali direntang pihak berkuasa sebagai langkah keselamatan tetapi ‘hilang’ berikutan arus deras pada musim tengkujuh.

Papan tanda amaran dipasang pihak berkuasa tempatan.
Papan tanda amaran dipasang pihak berkuasa tempatan.

Dia turut mencadangkan pihak berkenaan memperbanyakkan papan tanda amaran agar pengunjung luar lebih jelas tentang risiko menanti.

"Sekiranya ditutup kepada pengunjung, notis penutupan juga perlu dipamerkan dengan sejelas-jelasnya bermula dari pagar atau simpang masuk ke kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit ini," katanya.

Sementara itu, Penyelia Pasukan A Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK II Zuraidi Mohd Yusuf berkata, kedalaman air di kawasan perkelahan itu sekitar lima hingga tujuh meter tetapi boleh cecah 12 meter pada musim tengkujuh.

“Kawasan sering terjadinya kejadian lemas di Air Terjun Belukar Bukit ini punyai arus pusaran yang mampu menarik mangsa ke dalam air dan biarpun mangsa cuba selamatkan diri tetapi gagal.

Kejadian terbaharu Jumaat lalu melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun.
Kejadian terbaharu Jumaat lalu melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun.

“Pusaran dan arus kuat di bahagian bawah air menyebabkan apabila berlakunya sesuatu kejadian, mangsa akan berpusing di tempat sama. Walaupun di permukaan air tenang namun keadaan berlainan di dasarnya.

"Mengikut arahan semasa, di Terengganu ini tempat pelancongan perkelahan ditutup sepanjang musim tengkujuh ini tetapi berkemungkinan pengunjung dari luar tidak mengetahui perkara ini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!