MB Perak potong gaji dua bulan

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengambil langkah sama dengan kerajaan Persekutuan membuat pemotongan dua bulan gajinya untuk disalurkan kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Perak.

Menurutnya, ia selaras dengan keputusan kerajaan, semalam dalam membantu golongan sasar yang terkesan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Kerajaan negeri turut mengalu-alukan semua inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan langkah-langkah tambahan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Kerajaan negeri juga akan terus mengkaji inisiatif bantuan khas tambahan bagi memastikan nasib golongan sasar mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menggalakkan badan-badan korporat dan pihak swasta membantu menyumbang kepada tabung tersebut.

“Kerajaan negeri turut mengalu-alukan badan-badan korporat dan pihak swasta untuk bersama-sama menyumbang kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri melalui akaun Bendahari Negeri Perak CIMB Islamic 8601170183,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut menzahirkan rasa dukacita terhadap korban pertama wabak itu di Perak melibatkan lelaki berusia 62 tahun yang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

“Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan ke atas kemungkinan kaitan mangsa dengan mana-mana kluster Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga perlu berasa bimbang kerana dua daerah iaitu Hilir Perak dan Kinta diklasifikasikan sebagai kawasan zon merah apabila masing-masing mencatatkan 48 dan 41 kes positif,” katanya.

Menurutnya, jumlah kes jangkitan positif terus meningkat kepada 151 kes melibatkan semua daerah kecuali Kampar.

”Justeru, kerajaan Negeri mengulangi rayuan kepada semua rakyat untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan duduk di rumah dan keluar sekiranya perlu sahaja, serta mengamalkan jarak sosial.

“Rakyat Perak perlu bersatu hati dengan memberikan kerjasama bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!