Tiga sekawan diberkas curi kenderaan

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - Polis memberkas tiga sekawan di sekitar Rawang, di sini semalam, selepas dipercayai terlibat dalam jenayah curi kenderaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, tangkapan pertama kira-kira jam 2 petang itu dibuat sepasukan polis Balai Rawang ke atas seorang lelaki di kawasan stor berhampiran Flat Rawang Putra ketika sedang meleraikan komponen motosikal.

"Soal siasat kemudian berjaya menahan dua lagi lelaki di kawasan Persiaran 1, Bandar Baru Rawang.

"Kemudian, dengan dipandu arah oleh suspek, dia telah menunjukkan dua buah kereta dan sebuah motosikal yang dibuang di kawasan semak berhampiran Flat Rawang Putra," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan lanjut juga mendapati dua daripada suspek memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 29 tahun itu kini direman empat hari sehingga Isnin depan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!