'Kerajaan mungkin bukan pilihan anda tetapi ambil berat tentang anda'

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada Perutusan Khas Pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion di Bangunan Perdana Putra hari ini.
- Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada Perutusan Khas Pengumuman Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rendah hati mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengharungi krisis wabak koronavirus (Covid-19) bersama-sama.

Dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Muhyiddin berkata, negara kini sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan.

Jelas beliau, kerajaan yang ada pada hari ini sebenarnya mengambil berat terhadap kebajikan seluruh rakyat walaupun kerajaan ini mungkin bukan kerajaan pilihan rakyat.

"Kami sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan. Keadaan yang kita hadapi sekarang adalah sejarah yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Dan, kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda pilih tetapi saya mahu anda semua tahu bahawa kerajaan ini mengambil berat tentang anda.

"Saya minta sokongan saudara-saudara anda, marilah kita bekerjasama berganding bahu menghadapi krisis ini bersama-sama," katanya melalui satu pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion hari ini.

Muhyiddin turut meluahkan keyakinan negara akan keluar dengan keadaan lebih kuat setelah krisis ini berakhir dan segala masalah selesai.

Beliau turut menerima hakikat dipilih sebagai Perdana Menteri bukan pada masa terbaik bukan sahaja isu kesihatan, malah masalah politik, krisis ekonomi dan masalah kesihatan pada masa sama.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak sempurna tetapi kita melakukan yang terbaik untuk mengatasi krisis ini bersama sebagai sebuah negara.

"Jadi saudara-saudara sekalian dan anak-anak di negara yang tercinta ini, sama ada anda seorang Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Hamlet, orang asli, tolong bersama dengan saya dan kawan-kawan saya di Kabinet dan kerajaan.

"Insya-ALLAH, kita akan keluar dengan lebih kuat apabila krisis ini berakhir dan segala masalah selesai. Insya-ALLAH," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!