Hanana Group tawar pakej menarik untuk majlis kahwin, korporat pada harga mesra bajet
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norfazlin Abd Ghafar berkata, Hanana Group mempunyai dua dewan eksklusif iaitu Dewan Ambassador di Putrajaya dan terbaharu di Lugar De La Boda Puchong optimis jangkaan itu mampu dicapai berikutan pakej perkahwinan ditawarkan lengkap pada harga berpatutan yang mampu penuhi permintaan pengguna.
Norfazlin berkeyakinan, sasaran itu juga didorong keupayaan syarikat menyediakan pakej perkahwinan dan majlis keraian mengikut tema yang diinginkan pelanggan dengan bajet yang mereka miliki.
"Antara pakej ditawarkan ialah serendah RM23,000 untuk 1,000 tetamu dilengkapi dengan dewan, busana pengantin, solekan, makanan dan sebagainya.
"Malah, kepelbagaian signatur makanannya seperti nasi minyak, briyani, daging masak hitam dan pajeri terung yang lazat memenuhi selera tetamu turut disediakan.
"Kami mendapati Hanana Group menjadi pilihan utama apabila menerima maklum balas positif dalam kalangan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang kami sediakan, kebersihan dan makanan yang sedap.
"Ia dibuktikan dengan data kami, apabila 70 peratus pelanggan kami merupakan pelanggan yang memilih berlanggan dengan semula untuk melaksanakan majlis perkahwinan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan mereka," katanya ketika ditemui pada Majlis Pembukaan dan Uji Rasa Makanan Lugar De La Boda.
Hadir dan merasmikan majlis, ibu Norfazlin, Noraini Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Fairub Che Rubi dan Pengarah Hanana Group, Zurainiazura Abd Ghafar.
Norfazlin berkata, pengalaman lebih 14 tahun dimilikinya dalam bidang katering memberinya kelebihan menyediakan hidangan dan lokasi dewan bagi membantu pelanggan uruskan majlis perkahwinan dari mula hingga akhir mengikut pakej dipilih.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!