Lelaki langgar polis ketika Op Covid-19 dijel 12 bulan

Seorang anggota trafik yang sedang melakukan Ops Covid-19 di Seksyen 15, Shah Alam, 20 Mac lalu cedera patah tulang rusuk kiri dan luka di bibir serta betis selepas dilanggar suspek yang menaiki motosikal.
Seorang anggota trafik yang sedang melakukan Ops Covid-19 di Seksyen 15, Shah Alam, 20 Mac lalu cedera patah tulang rusuk kiri dan luka di bibir serta betis selepas dilanggar suspek yang menaiki motosikal.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pekerja pendawaian yang melanggar anggota polis trafik ketika menjalankan tugas penguatkuasaan Op Covid-19 di Seksyen 15 di sini, 20 Mac lalu dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, suspek berusia 32 tahun itu telah disiasat di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Menurutnya, suspek dituduh di Mahkamah Shah Alam hari ini dan telah mengaku bersalah di atas pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan.

"Kes ini merupakan kes yang pertama dituduh dalam daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

"Justeru itu orang awam dinasihat supaya memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh pihak polis sepanjang tempoh PKP ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian terbabit, mangsa bersama dua lagi anggota trafik yang lain sedang menjalankan tugas di belakang bangunan IDCC Seksyen 15 sebelum dilanggar suspek yang menaiki motosikal.

Kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan patah di tulang rusuk kiri, luka di bahagian atas bibir dan betis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!