PBAPP nafi henti operasi bekalan air di Pulau Pinang

Datuk Jaseni Maidinsa. -Foto Sumber Internet
Datuk Jaseni Maidinsa. -Foto Sumber Internet
A
A
A

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menafikan bahawa kononnya operasi bekalan air di negeri ini akan dihentikan dan tidak ada bekalan air ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti rakaman audio tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jaseni Maidinsa mengesahkan ia adalah berita palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan lanjutan daripada itu pihaknya telah membuat laporan polis.

"PBAPP akan terus membekalkan air kepada semua pengguna air di Pulau Pinang ketika tempoh PKP.

"PBAPP mematuhi dasar 'tiada catuan air' oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, terutamanya ketika ini apabila orang ramai diminta tinggal di rumah untuk melawan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!