Polis Hulu Terengganu buat pelindung muka sendiri

Pasukan keselamatan di Hulu Terengganu memakai pelindung muka yang dihasilkan sendiri.
Pasukan keselamatan di Hulu Terengganu memakai pelindung muka yang dihasilkan sendiri.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Berperanan sebagai barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pastinya bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi turut berdepan dengan risiko jangkitan koronavirus (Covid-19).

Namun, bagi polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, ia bukanlah halangan malah mereka mengambil langkah lebih proaktif dengan menghasilkan 'face protector' atau pelindung muka sendiri bagi semua petugas keselamatan di daerah itu.

Pelindung muka yang dihasilkan warga IPD Hulu Terengganu.
Pelindung muka yang dihasilkan warga IPD Hulu Terengganu.

Idea untuk menghasilkan pelindung muka itu adalah daripada Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud sebagai langkah keselamatan tambahan dalam mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pasukan keselamatan yang bertugas.

"Ia adalah Inisiatif IPD Hulu Terengganu sendiri, yang mana kita membuatnya sendiri menggunakan pembalut plastik, span dan pita pelekat.

"Kosnya hanya sekitar 50 sen setiap satu menggunakan duit tabung IPD Hulu Terengganu. Kita mula membuatnya pagi ini dan berjaya menyiapkan 200 pelindung muka.

"Kita agihkan kepada pegawai dan anggota kita dan kepada semua petugas keselamatan di daerah ini. Ia adalah sumbangan kecil kami kepada petugas barisan hadapan yang komited dengan tugasan mereka dalam 'berperang' dengan Covid-19 ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Adli
Mohd Adli

Kata Mohd Adli, selain melindungi mata dan muka, pelindung muka ini juga praktikal kerana mudah dibasuh dengan sabun dan boleh digunakan semula.

Tambahnya, 197 pegawai dan anggotanya serta 40 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas untuk Op PKP di daerah Hulu Terengganu wajib memakai pelindung muka bagi tujuan keselamatan.

Pasukan keselamatan di Hulu Terengganu mula memakai pelindung muka.
Pasukan keselamatan di Hulu Terengganu mula memakai pelindung muka.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi Covid-19, beliau berkata, setakat ini tiada pegawai dan anggotanya serta ahli keluarga mereka yang dikuarantin atau dijangkiti wabak itu.

"Hulu Terengganu juga menjadi satu-satunya daerah di Terengganu yang masih 'kosong' dan tiada yang dijangkiti wabak itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!