11 rumah kedai lama terbakar

Sederet 11 rumah kedai di Behrang Stesen terbakar malam tadi. - Foto pembaca
Sederet 11 rumah kedai di Behrang Stesen terbakar malam tadi. - Foto pembaca
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sederet 11 rumah kedai di Jalan Besar Behrang Stesen di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.22 tengah malam.

“Kebakaran melibatkan 11 rumah kedai kelas B. Dianggarkan kira-kira 70 peratus musnah terbakar.

"Operasi pemadaman melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Slim River, Bidor, Kuala Kubu Bharu dan Pasukan Bomba Sukarela Slim Village,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menerima sebarang laporan membabitkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!