VIC agih bantuan melalui pandu lalu

Kelab Sukarelawan Prihatin Kelantan (VIC) mengambil pendekatan menggunakan kaedah pandu lalu bagi mengagihkan bantuan makanan kepada golongan asnaf di sini.
Kelab Sukarelawan Prihatin Kelantan (VIC) mengambil pendekatan menggunakan kaedah pandu lalu bagi mengagihkan bantuan makanan kepada golongan asnaf di sini.
A
A
A
PASIR PUTEH - Kelab Sukarelawan Prihatin Kelantan (VIC) mengambil pendekatan menggunakan kaedah pandu lalu bagi mengagihkan bantuan makanan kepada golongan asnaf di sini.

Pengerusinya, Muhammad Afiq Aiman Sukry berkata, kaedah tersebut bagi memastikan penerima tidak berkumpul kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan sejak 18 Mac lalu.

"Penerima tidak berisiko untuk dijangkiti wabak Covid-19 dan kami harap mereka dapat mengambil bantuan makanan yang disediakan serta pulang ke rumah dengan selamat," katanya kepada Sinar Harian di Selising hari ini.

Menurutnya, bantuan beras, minyak masak, gula, dan keperluan harian itu dapat melegakan golongan asnaf yang tidak dapat keluar bekerja.

Muhammad Afiq Aiman berkata, setakat ini sebanyak 200 pek makanan diagihkan secara berperingkat dan akan diteruskan di beberapa kawasan lain mengikut keperluan.
Artikel Berkaitan:


"Alhamdulillah pihak kami sentiasa mendapat sokongan dan sumbangan daripada Kita Fund.Com untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

"Harapan kami semoga golongan asnaf tidak tertekan dan terus mematuhi arahan PKP dengan tenang serta berdoa wabak Covid-19 dapat diatasi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!