Covid-19: Jordon sahkan kematian pertama

No Image Caption
A
A
A

AMMAN - Jordan mencatatkan kes kematian pertama Ccovid-19 pada Sabtu membabitkan wanita berusia 83 tahun.

Agensi berita Anadolu memetik agensi berita Petra melaporkan, Pengarah Hospital Prince Hamza di Amman, Abdulaziz al-Khashman berkata, mangsa mempunyai sejarah penyakit kronik.

Jumlah rasmi kes Covid-19 di Jordan sebanyak 235.

Jurucakap kerajaan Amjad Al Adailah berkata, perintah berkurung di seluruh negara dikuatkuasakan bermula 21 Mac.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!