Wanita direman 2 hari hina polis waktu PKP

Wanita tersebut diiringi anggota polis ke Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman.
Wanita tersebut diiringi anggota polis ke Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang wanita berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di Pendang kira-kira jam 11.30 malam tadi kerana menghina polis di Facebooknya.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai itu menulis perkataan yang menjelikkan kepada pihak berkuasa selepas diarahkan pulang ketika operasi Covid-19 di Kampung Batu Menunggul, dekat sini pada jam 9 malam.

Menurutnya, polis menerima aduan kira-kira jam 10 malam ada satu status bergambar dimuat naik dari sebuah Facebook sebelum pihaknya bertindak menahan gadis tersebut.

"Majistret Mahkamah Alor Setar, Siti Naquiah Mohd Jamil membenarkan suspek ditahan reman bermula hari ini dan esok untuk membantu siasatan.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!