Ebit Lew mohon maaf kepada pihak kurang senang kerja amalnya

Beliau menyumbang pendingin hawa mudah alih kepada hospital sekitar Lembah Klang. - Foto Facebook Ustaz Ebit Lew
Beliau menyumbang pendingin hawa mudah alih kepada hospital sekitar Lembah Klang. - Foto Facebook Ustaz Ebit Lew
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada segelintir pihak yang kurang senang dengan kerja amal dilakukannya bagi membantu petugas barisan hadapan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Beliau sebelum ini sangat aktif dilihat turun padang membantu golongan tersebut dan prihatin dengan pengorbanan setiap petugas barisan hadapan termasuk kakitangan perubatan.

Malahan segala aktivitinya dikongsi di laman sosial dan mendapat sokongan daripada netizen.

Tentang dakwaan yang dilemparkan kepadanya, beliau lebih selesa untuk tidak mengendahkan dan terus menyalurkan bantuan kepada mereka memerlukan.

Jelasnya, meskipun sedekah terbahagi kepada dua iaitu jenis sembunyi atau uar-uarkan namun kedua-duanya sah di sisi agama.

Mungkin tiada siapa menyangkakan bahawa aktiviti sedemikian ada hikmah di sebaliknya menyebabkan dakwah sampai kepada mereka bukan Islam.

"Tapi bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh haram sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu 'update' status dan kata saya di sana sini. Saya tak kisah pun. Tak rasa apa-apa.

"Dari kecil saya rasa macam ni. Saya tak rasa sedih bila orang cakap-cakap. Tapi ustaz-ustaz terasa juga sebab saya ni baru belajar Islam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menyumbang dua khemah di Hospital Tuanku Jaa'far Seremban. -Foto Facebook Ustaz Ebit Lew
Beliau menyumbang dua khemah di Hospital Tuanku Jaa'far Seremban. -Foto Facebook Ustaz Ebit Lew

Meskipun terpaksa membataskan masa bersama ahli keluarga, namun ujarnya ketika ini orang ramai dilanda krisis hebat yang perlu dihadapi bersama-sama.

"Keperluan di hospital yang teramat penting kerana ini melibatkan keselamatan mereka. Perkataan lain mereka merisikokan nyawa mereka untuk orang lain.

"Tengoklah berapa ramai petugas barisan hadapan seperti jururawat, doktor, pembantu perubatan, polis dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

"Kesian mereka sangat. Berbaloi ke kerana gaji mereka buat semua itu tapi kerana ALLAH mereka berjuang berkorban. Itu pun ada mulut sumbang cakap macam-macam pada mereka. Sedih. Saya sayang mereka semua," ungkapnya di akaun Facebook miliknya hingga tular di laman sosial.

Mengakui masih belajar dan mendalami ilmu Islam, penceramah berusia 36 tahun ini berkata, kerja amalnya berbekalkan dokumen sah dan persetujuan dari institusi berkaitan.

"Saya ada surat polis dan hospital. Surat kebenaran semuanya. Saya niat semua ini menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kita semua menjadi sebuah keluarga.

"Saya bersama sukarelawan melakukannya. Tidak libatkan staf sendiri.

"Biarlah saya sendiri yang buat semua ini dan beberapa sukarelawan lain. Semoga ALLAH lindung saya dan kamu semua dari Covid-19 ini." katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!