Empat pemancing ditahan ingkar PKP

Empat pemancing yang melanggar PKP ditahan pihak polis berdekatan jambatan Sungai Hutan Lesong, Kampung Teluk Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor malam tadi.
Empat pemancing yang melanggar PKP ditahan pihak polis berdekatan jambatan Sungai Hutan Lesong, Kampung Teluk Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor malam tadi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Keasyikan empat lelaki memancing termasuk seorang remaja berusia 13 tahun membawa padah apabila ditahan berdekatan jambatan Sungai Hutan Lesong, Kampung Teluk Tanjung Sedili dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.45 malam itu, kesemua mereka yang berusia 13 hingga 42 tahun memancing di atas jambatan sebelum bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak polis namun kesemuanya berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, mereka ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan juga mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

"Mereka menghalang pihak polis menjalankan tugas selain cuba melarikan diri daripada diperiksa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!