Westports Tower Block jalani sanitasi Covid-19

Kenyataan Westports Malaysia berkaitan kerja sanitasi yang dilakukan selepas seorang kakitangannya dikenalpasti sebagai kontak rapat individu positif Covid-19
Kenyataan Westports Malaysia berkaitan kerja sanitasi yang dilakukan selepas seorang kakitangannya dikenalpasti sebagai kontak rapat individu positif Covid-19
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Westports Tower Block akan menjalani prosedur pembasmian kuman dan sanitasi selepas seorang daripada kakitangannya dikenalpasti sebagai kontak rapat kepada individu yang disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Westports Malaysia Sdn Bhd dalam satu kenyataan memberitahu, semua kakitangan yang bertugas di bangunan pejabat Westports Tower Block diarahkan pulang serta-merta dan bekerja dari rumah bagi memudahkan kerja-kerja sanitasi dilaksanakan segera.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, semua kakitangan di pejabat itu membabitkan tingkat 8,10 dan 11 akan bekerja dari rumah bermula 30 Mac sehingga notis selanjutnya.

"Semua kakitangan Westports Tower Block yang lain akan terus bekerja seperti biasa dari 30 Mac ini," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kakitangan yang dikenalpasti sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19 itu sedang menjalani kuarantin sendiri serta membuat pemeriksaan ujian pengesanan wabak tersebut.

Bagaimanapun, kakitangan itu setakat ini dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!