Dakwaan konon ada darurat, perintah berkurung adalah palsu

Seorang wanita melalui sebuah kedai ketika tinjauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Jalan Chow Kit hari ini. - Foto Bernama
Seorang wanita melalui sebuah kedai ketika tinjauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Jalan Chow Kit hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menepis dakwaan kononnya akan ada pengumuman berkaitan darurat atau perintah berkurung seperti disebarkan ketika ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan berita palsu itu kerana ketika ini kerajaan masih bertindak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan bukannya perintah berkurung.

“Saya akan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan akan diperketat apabila kita meneliti kesan dan tindakan kepada rakyat. Ini bukan perintah berkurung. Saya beri jaminan,” kata Ismail Sabri yang juga merupakan Menteri Pertahanan dalam sidang media di sini, hari ini. -Foto Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!