Covid-19: 139 lagi kematian dilaporkan di Iran

Dalam tempoh 24 jam, seramai 3,076 orang dijangkiti virus itu menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 35,408. Foto: Xinhua
Dalam tempoh 24 jam, seramai 3,076 orang dijangkiti virus itu menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 35,408. Foto: Xinhua
A
A
A

ANKARA - Iran mencatatkan 139 kematian akibat koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai 2,517, umum Kementerian Kesihatan pada Sabtu

Jurucakap kementerian, Kianoush Jahanpour berkata, dalam tempoh sama, seramai 3,076 orang dijangkiti virus itu, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 35,408, lapor agensi berita Anadolu.

Tambah beliau, lebih 3,200 pesakit berada dalam keadaan kritikal. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!