Operasi stesen minyak di Sabah 6 pagi hingga 2 petang
KOTA KINABALU - Semua stesen minyak di seluruh Sabah hanya dibenarkan beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 2 petang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sehingga 14 April ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dalam kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Sabah koronavirus (Covid-19) Command Centre hari ini dan ketetapan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
“Walau bagaimanapun, tambahan masa dari jam 2 petang hingga 6 petang dibenarkan khusus untuk pembekalan petrol dan diesel kepada kenderaan yang membawa barangan penting atau untuk tujuan operasi perkhidmatan penting sahaja,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!