Tiga lelaki cuba lari sekatan polis ditahan

Polis memuat naik kenyataan di Facebook berhubung kesalahan dilakukan tiga lelaki menaiki sebuah kereta yang ingkar arahan PKP.
Polis memuat naik kenyataan di Facebook berhubung kesalahan dilakukan tiga lelaki menaiki sebuah kereta yang ingkar arahan PKP.
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis menahan tiga lelaki menaiki sebuah kereta yang cuba lari daripada sekatan jalan raya semasa pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Sepintas di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 30-an itu ditahan pada jam 2.30 pagi.

Menurutnya, tiga individu yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi itu cuba memecut kenderaan ketika pemeriksaan dijalankan.

"Tindakan tiga lelaki itu ternyata membawa padah apabila polis berjaya mengejar dan menahan mereka terlibat," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Agus Salim berkata, kesemua yang ditahan itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK) kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan PPPB (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.

Tegas beliau, polis menasihati orang awam supaya mematuhi arahan dikeluarkan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar serta tidak mematuhi arahan.

"Semua penduduk diminta mematuhi PKP yang sedang berkuatkuasa dan duduk dalam rumah jika tiada urusan penting," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!