[LAPORAN KHAS] Cameron Highlands hilang romantik angkara Covid-19

Bunga kekwa terbiar rosak begitu sahaja.
Bunga kekwa terbiar rosak begitu sahaja.
A
A
A

SHAH ALAM - Cameron Highlands yang sinonim sebagai destinasi percutian romantik kerana dikelilingi dengan ladang bunga-bungaan kini bukanlah seperti hari-hari biasa.

Ini kerana bunga yang tumbuh mekar kini terpaksa dibuang begitu sahaja, manakala hotel, calet dan homestay sepi tanpa pengunjung.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Bunga-Bungaan Cameron Highlands, Wong Seng Yee berkata, disebabkan itu, 250 ahli yang bernaung di bawah persatuannya terpaksa menanggung kerugian hampir RM11 juta dalam tempoh seminggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bunga matahari yang terpaksa dibuang.
Bunga matahari yang terpaksa dibuang.

“Bunga ini bukan barang keperluan. Kami menanggung kerugian sebanyak 90 peratus daripada 300 tan metrik pengeluaran bunga dalam tempoh seminggu iaitu bersamaan dengan kerugian RM11 juta.

“Sama seperti sayur, bunga-bunga ini terpaksa dimusnahkan. Kira-kita 90 peratus bunga-bungaan itu adalah bunga kekwa,” katanya kepada Sinar Ahad.

Namun, menurut Seng Yee, pekebun-pekebun bunga di atas tanah seluas 400 hektar mungkin boleh menarik nafas lega kerana Kementerian Pengangkutan dengan sokongan penuh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan untuk meneruskan eksport bunga-bungaan ke Singapura, Jepun dan Thailand.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!