Empat lelaki berkonvoi ditahan ingkar PKP

Empat lelaki ditahan ingkar PKP ketika ditahan di jalan besar Titi di sini hari ini.
Empat lelaki ditahan ingkar PKP ketika ditahan di jalan besar Titi di sini hari ini.
A
A
A

JELEBU - Empat lelaki yang berkonvoi ditahan polis selepas didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Besar Titi di sini hari ini.

Ketika ditahan polis jam 9.30 pagi itu, empat lelaki yang berusia antara 27 hingga 35 tahun itu memberi alasan berkonvoi dari arah Cheras, Selangor menghala ke Titi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, berdasarkan siasatan lanjut, kesemua suspek bukanlah penduduk setempat sebaliknya dari Cheras, Selangor.

"Alasan suspek itu adalah tidak munasabah sama sekali dan ianya telah melanggar PKP.

"Saringan ujian air kencing ke atas kesemua suspek di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Jelebu juga dapati negatif dadah," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kesemua suspek merupakan mekanik itu akan direman pada hari esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!