Dokumen palsu: 13 kontraktor ditahan reman

SPRM
SPRM
A
A
A

KOTA KINABALU - Tiga belas kontraktor, termasuk tiga wanita, direman antara tiga hingga enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes mengemukakan dokumen palsu untuk mendapatkan tender projek daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Perintah tahanan reman ke atas semua suspek berusia 30 hingga 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim berikutan permohonan pegawai SPRM, Faliq Basirudin.

Faliq berkata, 10 suspek lelaki ditahan reman selama lima hari, manakala tiga suspek wanita berkenaan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat beberapa perkara termasuk melihat bagaimana kesemua suspek berkenaan memperoleh tender yang bernilai ratusan ribu hingga jutaan ringgit sejak 2016.

“Kita juga akan melihat beberapa perkara termasuk mengenal pasti tuntutan palsu yang dibuat kepada kerajaan dan kita tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan selepas ini,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!