Selangor sedia penginapan percuma untuk frontliner

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menyediakan penginapan percuma untuk petugas barisan hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu antara dua ketetapan dicapai hasil mesyuarat bersama Pegawai Kewangan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

"Sebagai permulaan, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana sebanyak 204 bilik diperuntukkan di Hotel De Palma Ampang manakala 83 bilik lagi disediakan di Hotel De Palma Shah Alam.

"Penawaran ini akan diperluas kepada kelompok lain yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata, perbincangan awal dengan anak syarikat kerajaan negeri, Selgate Corporation bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memutuskan hospital swasta di negeri ini bersetuju untuk menerima pesakit bukan Covid-19 dari hospital kerajaan.

"Hospital swasta juga bersedia untuk menyumbangkan beberapa alat pembantu pernafasan (ventilator) buat kegunaan hospital kerajaan.

"Kerajaan negeri akan membuat pengumuman seterusnya pada permulaan sesi kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!