Polis nasihat orang ramai elak ke Pasar Bisik

Pemantauan ke Pasar Bisik Kuala Muda turut dilakukan anggota polis dan tentera yang bertugas ketika PKP dikuat kuasakan.
Pemantauan ke Pasar Bisik Kuala Muda turut dilakukan anggota polis dan tentera yang bertugas ketika PKP dikuat kuasakan.
A
A
A

KOTA KUALA MUDA - Polis menasihati orang ramai agar tidak mengunjungi Pusat Pendaratan Ikan yang lebih dikenali sebagai Pasar Bisik Kuala Muda bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, konsep bisik yang diamalkan dalam urusan jual beli di kawasan itu juga dimansuhkan.

Bagaimanapun, katanya, golongan peraih dibenarkan ke lokasi terbabit bagi menjalankan urusan seperti biasa.

"Kita nasihatkan tidak buka pada orang ramai, hanya peraih sahaja, konsep bisik pun dimansuhkan," katanya.

Pasar Bisik yang berdepan lambakan ikan kembung sejak lebih sebulan lalu menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan bekalan dengan harga rendah.

Biarpun nasihat dan pemantauan telah dilakukan pihak berkuasa agar mengawal pergerakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara namun lokasi itu tetap dipenuhi orang awam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!