Covid-19: Angka kematian meningkat kepada 35 orang

Perkongsian Dr Noor Hisham yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.
Perkongsian Dr Noor Hisham yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Angka kematian akibat pandemik koronavirus (Covid-19) meningkat kepada 35 kes selepas seorang lagi disahkan meninggal dunia petang tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian terbaharu itu melibatkan kes 1,952 yang juga seorang wanita tempatan berusia 57 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

"Dia mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

"Hasil ujian pengesahan Covid-19 didapati positif pada 18 Mac. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4 petang," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya sebentar tadi.

Terdahulu, dalam sidang media di KKM, Putrajaya petang tadi, Noor Hisham memaklumkan terdapat tujuh kematian menjadikan keseluruhan 34 kes akibat wabak itu setakat jam 12 tengah hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!