Sumbang pakaian khas untuk petugas barisan hadapan

Tukang jahit di sekitar Kuala Krai melakukan tugasan menyiapkan kelengkapan barisan hadapan secara percuma tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Tukang jahit di sekitar Kuala Krai melakukan tugasan menyiapkan kelengkapan barisan hadapan secara percuma tanpa mengharapkan sebarang balasan.
A
A
A

PASIR PUTEH - Briged Negaraku Kelantan 'bermandi peluh' bersama Alumni Kolej Vokasional Tanah Merah bagi menyiapkan 300 helai pakaian khas untuk diberikan kepada warga Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai yang bertugas bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Pengerusinya, Muhammad Arief Mohd Zain berkata, pakaian khas itu merupakan tanda sokongan padu pihaknya kepada para petugas yang sanggup berkorban tenaga, masa dan menggadaikan nyawa bagi merawat mangsa virus berkenaan.

"Ini merupakan projek kedua yang dilakukan oleh pihak kami bagi membantu barisan hadapan yang sedang bertugas ketika ini.

"Terdahulu kita menyiapkan 1,000 pasang tudung dan 1,000 pasang sarung kasut untuk diagihkan kepada para petugas di hospital berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Muhammad Arief (dua dari kanan) bersama rakannya daripada Briged Negaraku Kelantan menyerahkan 1,000 tudung dan sarung kasut kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.
Muhammad Arief (dua dari kanan) bersama rakannya daripada Briged Negaraku Kelantan menyerahkan 1,000 tudung dan sarung kasut kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Menurutnya, Briged Negaraku Kelantan terpanggil untuk membantu barisan hadapan negara selepas tersentuh melihat pengorbanan yang dicurahkan oleh golongan berkenaan.

Katanya, kesemua projek itu turut mendapat bantuan dari tukang jahit di sekitar jajahan Kuala Krai.

"Uniknya, mereka ini (tukang jahit di Kuala Krai) melakukan tugasan itu secara percuma tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Artikel Berkaitan:

"Itu membuatkan kami menjadi lebih semangat untuk terus membantu barisan hadapan negara yang sedang berjuang ketika ini," katanya.

Muhammad Arief berkata, pihaknya menjangkakan gaun itu akan siap dalam tempoh empat hari lagi.

Katanya, sebaik sahaja siap barangan tersebut akan terus disalurkan kepada para petugas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!