Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang berlangsung sempurna

Sultan Abdullah menerima titah ikrar menerima jawatan Sultan Abdullah
Sultan Abdullah menerima titah ikrar menerima jawatan Sultan Abdullah
A
A
A

PEKAN - Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah berlangsung sempurna dan selamatnya, di Balairong Seri Istana Abu Bakar, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Kelibat baginda dan isteri, Sultanah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat tiba di pekarangan istana kira-kira jam 10.30 pagi tadi, disambut para pembesar istana dan tujuh orang Kerabat Pengiring sebelum diiring masuk ke Balairong Seri.

Istiadat dimulakan dengan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menghadap masuk dan merafak sembah diimbali Tengku Arif Temenggong Tengku Fadh Muadzam Shah dan Orang Kaya Indera Pahlawan, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Tengku Muda menyempurnakan istiadat pemasyhuran.
Tengku Muda menyempurnakan istiadat pemasyhuran.

Pesembahan Pemasyhuran Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama) disempurnakan oleh Tengku Muda Pahang, disusuli penerimaan titah ikrar baginda menerima jawatan sebagai Sultan Pahang keenam.

Penerimaan titah ikrar disambut laungan takbir Allahuakbar dan Daulat Tuanku oleh Tengku Muda dan disambut hadirin serta rakyat.

Sultan Abdullah
Sultan Abdullah

Istiadat kemudiannya disusuli dengan perutusan taat setia oleh Tengku Muda mewakili Kerabat Kerabat Bergelar, Ahli Ahli Jumaah Pangkuan Diraja Negeri, Kerabat-Kerabat dan Orang Besar Negeri dan Sembah Ikrar Taat Setia oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, wakil rakyat, pegawai kerajaan, badan berkanun dan rakyat Pahang.

Artikel Berkaitan:

Baginda seterusnya berangkat meninggalkan Balairong Seri usai bacaan doa oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman untuk bersantap di Dewan Mulia, bersama-sama rakyat jelata.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!