Macam-macam alasan!

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiga penuntut warga asing ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan 14, Presint 14 di sini, semalam kerana melanggar melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, tangkapan kira-kira jam 5.50 petang itu membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 18 hingga 19 tahun.

Menurutnya, semakan mendapati warga Kenya, Sudan dan Djibouti itu adalah penuntut sebuah universiti swasta.

"Ketika ditahan, suspek bukan sahaja gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang asal malah memberi alasan yang tidak munasabah untuk keluar rumah iaitu mahu mengambil wang di rumah rakan.

"Suspek kemudian telah diarah untuk berpatah balik namun mereka gagal memberi kerjasama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan suspek yang gagal mematuhi peraturan PKP serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas menyebabkan mereka telah ditangkap untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!