Sukarelawan Kemas jahit kelengkapan PPE untuk frontliner

Sukarelawan Kemas di Kelas Jahitan Kemas Gali Tengah, Raub sedang menyediakan baju makmal pakai buang untuk kegunaan petugas-petugas hospital sekitar Pahang.
Sukarelawan Kemas di Kelas Jahitan Kemas Gali Tengah, Raub sedang menyediakan baju makmal pakai buang untuk kegunaan petugas-petugas hospital sekitar Pahang.
A
A
A

SEPANG - Prihatin dengan keselamatan petugas kesihatan yang berdepan kekurangan bekalan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengambil inisiatif membantu membekalkan baju makmal pakai buang, topeng muka, sarung kaki dan sarung tangan.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, kesemua kelengkapan itu disediakan Pemaju Masyarakat bidang jahitan yang merupakan tenaga pengajar dan pelatih kelas Jahitan yang menjadi Sukarelawan Kemas.

Menurutnya, kesemua mereka juga mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

"Ia merupakan usaha Kemas untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani wabak Covid-19.

"Pada peringkat awal Sukarelawan Kemas melibatkan beberapa negeri antaranya Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang namun akan diperluaskan ke seluruh negera," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pemaju Masyarakat Jahitan Kemas Sepang, Safuan Salleh (kanan) menunjukkan baju makmal pakai buang untuk kegunaan petugas perubatan yang dijahit Sukarelawan Kemas.
Pemaju Masyarakat Jahitan Kemas Sepang, Safuan Salleh (kanan) menunjukkan baju makmal pakai buang untuk kegunaan petugas perubatan yang dijahit Sukarelawan Kemas.

Beliau berkata, pihak hospital membekalkan bahan mentah seperti kain kepada Kemas dan antara pusat jahitan yang terlibat adalah Bengkel Jahitan Kemas Kampung Selangor Dredging, Sepang; Bengkel Jahitan Kemas Sungai Lang Tengah, Kuala Langat; Bengkel Jahitan Kemas D’Anggun Kota Tinggi, Johor dan Kelas Jahitan Kemas Gali Tengah, Raub, Pahang.

Mohamad Yasid berkata, beliau berharap kemahiran dimiliki Sukarelawan Kemas secara tidak langsung membantu dan memberikan manfaat kepada petugas KKM serta semua pihak yang memerlukan kelengkapan PPE.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!